Penggodam (hacker) dalam jenayah komputer merujuk kepada
penggodam komputer yang terlibat dalam keselamatan komputer dan berupaya
mengakses sistem atau masuk tanpa kebenaran melalui kemahiran, taktik dan
pengetahuan terperinci.
Antara aplikasi
internet yang sering menjadi sasaran serangan penggodam ialah laman jual beli
atas talian, permainan siber dan perbankan atas talian. Sebagai contoh, ada
laman jual beli tertentu yang meminta pengguna memasukkan nombor kad kredit
mereka dan maklumat peribadi yang mana laman ini adalah laman jual beli palsu.
Maklumat tadi akan diambil oleh penjenayah siber untuk melakukan transaksi
tanpa pengetahuan pengguna.
kaedah pengodaman yang
boleh dilakukan ialah seperti Eksploitasi
Keselamatan, kaedah ini merupakan penggunaan aplikasi yang disediakan untuk
mengambil kesempatan terhadap kelemahan-kelemahan seperti kata laluan yang sama
untuk setiap akaun. Seterusnya, Packet
sniffer iaitu satu aplikasi yang menangkap paket data TCP/IP, boleh
digunakan untuk mengesan kata laluan dan data lain semasa proses komunikasi
data dalam perjalanan sama ada di dalam komputer atau rangkaian. Kaedah lain
ialah Trojan Horse, program ini
direka kononnya untuk membuat suatu perkara seperti satu perisian sah, tetapi
sebenarnya melakukan perkara lain. Trojan horse boleh digunakan untuk membuka
pintu belakang dalam sistem komputer supaya pencipta program tersebut boleh
kembali dan menceroboh masuk. Virus yang menipu pengguna untuk memuat turun juga
dipanggil sebagai Trojan Horse.
Cara untuk mengodam
diantaranya ialah Dictionary Attack,
hacker atau penggodam ini akan menggunakan teknik dictionary attack iaitu
meneka dan terus meneka kata laluan akaun (password) sehingga berjaya. Cara
seterusnya ialah Phishing, cara
mengumpan pengguna Internet yang lalai atau leka khususnya untuk memberi kata
laluan akaun (password) mereka kepada penggodam-penggodam ini. Keylogger iatu cara yang dilakukan penggodam
(hacker) untuk mengodam dengan mengahantar program keylogger untuk merekod penggunaan kekunci pada keyboard komputer
dan maklumat tersebut akan dihantar kepada mereka. Perkara ni kebiasaannya
banyak berlaku di Cyber Cafe dan
tempat-tempat yang menyediakan kemudahan wireless
percuma.
Salah satu cara untuk
mengatasi penggodam ialah dengan menggunakan alat-alat keselamatan penggodam seperti
Firewall, iaitu sejenis perkakasan atau
perisian dalam persekitaran rangkaian yang berfungsi untuk menghalang
komunikasi yang dilarang oleh polisi keselamatan. Sistem Pengesanan Pencerobohan iaitu alat mengesan manipulasi yang
tidak dikehendaki kepada sistem. Antivirus juga merupakan alat program
komputer yang cuba mengenalpasti, mencegah dan menghapuskan virus komputer dan
perisian jahat (malware) lain. Cara yang akhir sekali ialah dengan mengehadkan
pencapaian ke komputer kepada sekumpulan pengguna melalui penggunaan sistem
pengesahan.
Dalam isu penggodaman
akaun media sosial milik MARK ZUCKERBERG ianya ialah
salah satu isu penyalahgunaan dalam menggunakan internet. Kecanggihan internet
digunakan sebagai pemberi peluang kepada pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan keatas maklumat pribadi orang lain.
Mereka ialah Penggodam yang menggunakan peluang ini untuk memanipulasi individu
lain. Kemahiran komputer yang dimilikinya tidak dimanfaatkan dengan
sebaik-baiknya, malahan ianya merugikan individu lain. Lain halnya dengan
kebijakan Mark Zuckerberg yang menggunakan kemahiran komputernya dengan
menciptakan laman sosial Facebook.
Isu ini telah memberi
pembelajaran kepada pengguna media sosial tentang kepentingan menjaga
keselamatan data atau maklumat pribadi dilaman sosial. Pengguna media sosial
perlu lebih berhati-hati dalam menjalin komunikasi menggunakan akaun rangkaian
internet. Terdapat beberapa saran untuk menjaga keamanan akaun sosial media
pengguna, ianya ialah dengan tiidak menyimpan data akaun di Browser, tidak
menggunakan password yang sama untuk banyak akaun dan akhir sekali, bertindak lebih
berhati-hati ketika mengakses website.
Secara kesimpulannya,
menjadi pengguna internet atau media sosial utamanya perlu menjadi bijak untuk
tidak menjadi mangsa penggodam. Sebagai pengguna, tidak boleh leka dan lalai
ketika mengakses internet. Hal ini kerana internet merupakan rangkaian yang
sangat luas, dimana sesiapa sahaja boleh mengakses apa sahaja jenis maklumat
termasuknya maklumat pribadi seseorang individu. Semakin berkembanganya
kecanggihan teknologi dan kemahiran manusia, maka semakin banyak pula
cabaran-cabaran yang perlu dihadapi.
No comments:
Post a Comment