Friday, 29 July 2016

Isu Pornografi di Kalangan Pengguna Internet

Internet pada masa kini menjadi medium utama untuk mendapatkan maklumat dan berkomunikasi dengan orang lain. Ia mempunyai banyak kebaikannya jika ia digunakan dengan cara yang betul. Namun begitu ia mempunyai banyak keburukan yang memberi kesan negatif jika ia disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.

Pada hari ini isu pornografi sering didengari di media massa yang semakin memberi kesan buruk kepada pengguna internet terutama remaja.  Remaja kini kian rancak menggunakan aplikasi terkini yang menggunakan internet seperti telegram, twitter, facebook , wechat, instagram dan sebagainya . Melalui aplikasi seperti ini remaja mudah terpengaruh dan terdedah dengan penyebaran pornografi yang di kirim oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Baru-baru ini di Berita Astro Awani, pada 16 Jun 2016, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menegaskan kerajaan memandang serius isu penyebaran kandungan berunsur lucah seperti pornografi kanak-kanak melalui aplikasi Telegram. Menurutnya, beliau telah mengarahkan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk bekerjasama dengan pihak Telegram bagi menyekat laman-laman lucah yang dimaksudkan. 

"Pada masa yang sama juga, SKMM akan bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain dalam mengenal pasti pihak-pihak yang memuat naik atau berkongsi kandungan-kandungan berunsur lucah untuk dikenakan tindakan sewajarnya," katanya dalam satu kenyataan di sini. 

Beliau mengulas isu penyebaran kandungan berunsur lucah seperti pornografi kanak-kanak dalam platform Telegram seperti yang didedahkan oleh sebuah portal berita tempatan. Salleh berkata orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perbuatan sedemikian digesa untuk tampil berkongsi maklumat dengan pihak SKMM bagi membantu dan melancarkan proses siasatan. 

Sewajarnya pihak yang terlibat dalam menangani isu pornografi di kalangan masyarakat perlu mengambil langkah drastik bagi memastikan anak-anak muda di negara ini tidak rosak kerana terpengaruh dengan laman yang mengandungi unsur lucah.
x

No comments:

Post a Comment