Sunday, 31 July 2016

Jenayah Siber



Penggodaman (Hacking) Akaun Media Sosial


Penggodam (hacker) dalam jenayah komputer merujuk kepada penggodam komputer yang terlibat dalam keselamatan komputer dan berupaya mengakses sistem atau masuk tanpa kebenaran melalui kemahiran, taktik dan pengetahuan terperinci.
Antara aplikasi internet yang sering menjadi sasaran serangan penggodam ialah laman jual beli atas talian, permainan siber dan perbankan atas talian. Sebagai contoh, ada laman jual beli tertentu yang meminta pengguna memasukkan nombor kad kredit mereka dan maklumat peribadi yang mana laman ini adalah laman jual beli palsu. Maklumat tadi akan diambil oleh penjenayah siber untuk melakukan transaksi tanpa pengetahuan pengguna.
kaedah pengodaman yang boleh dilakukan ialah seperti Eksploitasi Keselamatan, kaedah ini merupakan penggunaan aplikasi yang disediakan untuk mengambil kesempatan terhadap kelemahan-kelemahan seperti kata laluan yang sama untuk setiap akaun. Seterusnya, Packet sniffer iaitu satu aplikasi yang menangkap paket data TCP/IP, boleh digunakan untuk mengesan kata laluan dan data lain semasa proses komunikasi data dalam perjalanan sama ada di dalam komputer atau rangkaian. Kaedah lain ialah Trojan Horse, program ini direka kononnya untuk membuat suatu perkara seperti satu perisian sah, tetapi sebenarnya melakukan perkara lain. Trojan horse boleh digunakan untuk membuka pintu belakang dalam sistem komputer supaya pencipta program tersebut boleh kembali dan menceroboh masuk. Virus yang menipu pengguna untuk memuat turun juga dipanggil sebagai Trojan Horse.  
Cara untuk mengodam diantaranya ialah Dictionary Attack, hacker atau penggodam ini akan menggunakan teknik dictionary attack iaitu meneka dan terus meneka kata laluan akaun (password) sehingga berjaya. Cara seterusnya ialah Phishing, cara mengumpan pengguna Internet yang lalai atau leka khususnya untuk memberi kata laluan akaun (password) mereka kepada penggodam-penggodam ini. Keylogger iatu cara yang dilakukan penggodam (hacker) untuk mengodam dengan mengahantar program keylogger untuk merekod penggunaan kekunci pada keyboard komputer dan maklumat tersebut akan dihantar kepada mereka. Perkara ni kebiasaannya banyak berlaku di Cyber Cafe dan tempat-tempat yang menyediakan kemudahan wireless percuma.
Salah satu cara untuk mengatasi penggodam ialah dengan menggunakan alat-alat keselamatan penggodam seperti Firewall, iaitu sejenis perkakasan atau perisian dalam persekitaran rangkaian yang berfungsi untuk menghalang komunikasi yang dilarang oleh polisi keselamatan. Sistem Pengesanan Pencerobohan iaitu alat mengesan manipulasi yang tidak dikehendaki kepada sistem.  Antivirus juga merupakan alat program komputer yang cuba mengenalpasti, mencegah dan menghapuskan virus komputer dan perisian jahat (malware) lain. Cara yang akhir sekali ialah dengan mengehadkan pencapaian ke komputer kepada sekumpulan pengguna melalui penggunaan sistem pengesahan.
Dalam isu penggodaman akaun media sosial milik MARK ZUCKERBERG ianya ialah salah satu isu penyalahgunaan dalam menggunakan internet. Kecanggihan internet digunakan sebagai pemberi peluang kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan keatas maklumat pribadi orang lain. Mereka ialah Penggodam yang menggunakan peluang ini untuk memanipulasi individu lain. Kemahiran komputer yang dimilikinya tidak dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, malahan ianya merugikan individu lain. Lain halnya dengan kebijakan Mark Zuckerberg yang menggunakan kemahiran komputernya dengan menciptakan laman sosial Facebook.
Isu ini telah memberi pembelajaran kepada pengguna media sosial tentang kepentingan menjaga keselamatan data atau maklumat pribadi dilaman sosial. Pengguna media sosial perlu lebih berhati-hati dalam menjalin komunikasi menggunakan akaun rangkaian internet. Terdapat beberapa saran untuk menjaga keamanan akaun sosial media pengguna, ianya ialah dengan tiidak menyimpan data akaun di Browser, tidak menggunakan password yang sama untuk banyak akaun dan akhir sekali, bertindak lebih berhati-hati ketika mengakses website.

Secara kesimpulannya, menjadi pengguna internet atau media sosial utamanya perlu menjadi bijak untuk tidak menjadi mangsa penggodam. Sebagai pengguna, tidak boleh leka dan lalai ketika mengakses internet. Hal ini kerana internet merupakan rangkaian yang sangat luas, dimana sesiapa sahaja boleh mengakses apa sahaja jenis maklumat termasuknya maklumat pribadi seseorang individu. Semakin berkembanganya kecanggihan teknologi dan kemahiran manusia, maka semakin banyak pula cabaran-cabaran yang perlu dihadapi. 

Friday, 29 July 2016

Isu Pornografi di Kalangan Pengguna Internet

Internet pada masa kini menjadi medium utama untuk mendapatkan maklumat dan berkomunikasi dengan orang lain. Ia mempunyai banyak kebaikannya jika ia digunakan dengan cara yang betul. Namun begitu ia mempunyai banyak keburukan yang memberi kesan negatif jika ia disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.

Pada hari ini isu pornografi sering didengari di media massa yang semakin memberi kesan buruk kepada pengguna internet terutama remaja.  Remaja kini kian rancak menggunakan aplikasi terkini yang menggunakan internet seperti telegram, twitter, facebook , wechat, instagram dan sebagainya . Melalui aplikasi seperti ini remaja mudah terpengaruh dan terdedah dengan penyebaran pornografi yang di kirim oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Baru-baru ini di Berita Astro Awani, pada 16 Jun 2016, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menegaskan kerajaan memandang serius isu penyebaran kandungan berunsur lucah seperti pornografi kanak-kanak melalui aplikasi Telegram. Menurutnya, beliau telah mengarahkan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk bekerjasama dengan pihak Telegram bagi menyekat laman-laman lucah yang dimaksudkan. 

"Pada masa yang sama juga, SKMM akan bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain dalam mengenal pasti pihak-pihak yang memuat naik atau berkongsi kandungan-kandungan berunsur lucah untuk dikenakan tindakan sewajarnya," katanya dalam satu kenyataan di sini. 

Beliau mengulas isu penyebaran kandungan berunsur lucah seperti pornografi kanak-kanak dalam platform Telegram seperti yang didedahkan oleh sebuah portal berita tempatan. Salleh berkata orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perbuatan sedemikian digesa untuk tampil berkongsi maklumat dengan pihak SKMM bagi membantu dan melancarkan proses siasatan. 

Sewajarnya pihak yang terlibat dalam menangani isu pornografi di kalangan masyarakat perlu mengambil langkah drastik bagi memastikan anak-anak muda di negara ini tidak rosak kerana terpengaruh dengan laman yang mengandungi unsur lucah.
x